Akademi Fantasia musim kelapan (AF8), melakar sejarah tersendiri apabila buat julung kali menerima masuk pasangan adik-beradik sebagai pelajar program realiti nombor satu itu.
Pasangan bertuah itu adalah Erma Suhaimi, 21, (Ema) dan Siti Adira Suhaimi, 19, (Adira) dari Ranau, Sabah.Norman Abdul Halim selaku Pengetua AF8, berkata, kedua-dua beradik itu memiliki bakat serta keunikan tersendiri sehingga sukar pihak juri mengenepikan seorang daripada mereka.Lagi peserta ang bertuah :
Nadiawaty Ainul Basir atau Ain, 23 (Sabah)
Dayang Nor Anum Arjuna Aharun atau Anum, 19 (Sabah)
Zafarina Jamhari atau Farina, 28 (Sarawak)
Nadia Emilia Roselan, 22 (Klang)
Muhd Shahril Firdaus El atau Daus, 22 (Sarawak)
Emirza Awan Zulazrin Chew/ Iwan, 20 (Negeri Sembilan)
Muhd Firdaus Maulana Mohamed atau Mulana, 22, (Johor)
Muhammad Alif Kadim/Alif, 18, (Kuala Lumpur)
Ahmad Shahir Zawawi/Shahir, 21, (Perak).
Gelagat serta aksi 12 peserta ini akan dipertontonkan kepada umum bermula Sabtu ini (13 Mac) menerusi Tirai AF dikendalikan Sarimah Ibrahim dan Jimmy Shanley, jam 9 malam di Astro Ria.
Cabaran kehidupan seharian mereka pula boleh ditatap dalam diari mulai 15 Mac, jam 7.30 malam bersama Jimmy Shanley.

2 comments:
hohoh minat sokmo sama AF eh?
dgr citer skarang ad pak ustaz tlg bacekan doa dlm AF tol ke?
;P
Haha ! itu tatau plak.
Ta dpt inform itu pun.
Huhu~
Post a Comment