Entah apasal aku gatal nak menaip pasal benda neh pun tak tahu lah kan.
Tapi tak de kena mengena dengan hidup aku, atau hidup sesiapa.
Aku bukanlah jadi bakal ahli penasihat atau penceramah
dan bukannya mencuri idea orang untuk bercerita.
Tapi aku hanya nak kongsi apa kebenda yang menarik perhatian aku nak baca
Artikel neh pun aku jumpe kat dalam buku Remaja.
Alang-alang aku tengah bosan neh, jadi tak salahlah klau aku nak menaip apa yang aku suka. Kan ?!
Tapi klau sesiapa da pernah baca atau da tahu, jadi anda boleh click pangkah kat atas blog ni. OK.
So, nak tahu jenis hubungan mana yang tidak kekal lama. Meh aku kasi tahu. haha
Hubungan Yang Dimulakan Dari Bertepuk Sebelah Tangan.
Memang lah, cinta tuh start bukan nya bermula dengan suka sama suka. tapi kalau da sorang je yang dok terhegih-hegih sanggup buat itu ini semata-mata nak dapatkan balasan cinta agungnya tuh akan membuatkan hubungan itu berkembang dengan tidak balance. Yela, mana tak nya, kemungkinan besar orang yang dianggap sebagai objek cinta ni akan mengambil keuntungan dan manfaatkan subjeknya. Tak gitu ? Dan kebanyakkan hubungan yang macam ni, tidak dapat bertahan lama sebab bercinta atas dasar kasihan dan simpati dan sama sekali tidak ada perasaan kasih dan sayang wujud boleh menyebabkan kesan yang akan mengecewakan.
Hubungan Yang Dimulakan Kerana Sebuah Fantasi
Hubungan Yang Dimulakan Atas Dasar Memberontak Terhadap Orang Tua
Hubungan Yang Dimulakan Dalam Keadaan Patah Hati
Hubungan Yang Timbul Dari Rasa Kekaguman Melampau
Seseorang yang terlalu kagum dan mengagung-agungkan cinta nya sudah semestinya akan menyimpan harapan yang tinggi terhadap pasangannya. Ada banyak sangat gambaran mengenai kesempurnaan pasangannya, walhal tiada siapa pun manusia yang sempurna dalam dunia ni kan. Pelik-pelik. Da nama pun cinta, buta lah. Tapi nak di tekan kan disini ye, tak salah klau anda nak jadikan pasangan anda tuh sebagai idola anda, tapi berpada-padalah. Yela, tak mustahilkan seseorang yang terlalu perfect bagi anda akan mengecewakan anda bukan ? Dan kalau kita terlalu memandang tinggi pasangan kita, hubungan tuh lama kelamaan jadi tidak sihat. Yela, si dia mungkin akan lupa diri dengan limpahan pujian yang melambung dan mencuba kelebihannya untuk memikat yang lain, atau pun sekiranya dia sebenarnya tidak seperfect mana yang anda sangka kan, perasaan anda akan automatik berubah dan lama kelamaan cinta anda pun tak kemana.
Hubungan Yang Bermula Dengan Cinta Tiga Segi
Hubungan Yang Dimulakan Kerana Sebuah Fantasi
Tak salah kalau kita selalu berfantasi, berangan di alam sendiri. Yela, kadang-kadang dapat hiburkan hati sendiri. Tapi, kalau da bercinta yang bermula dari alam fantasi mereka sendiri macam mana ye ? Hmm OK lah sebagai contoh lah kan. Seorang wanita berfantasi akan dapat menjalinkan hubungan dengan jejaka idamannya, dan si jejaka pun sama. *kira suka sama suka dalam alam khayalan mereka lah kan*mungkin pada mulanya indah. Yela, da nama pun alam fantasi kan. Tapi lama-kelamaan, perasaan itu akan hanyut sebab mereka hanya bersandarkan dengan alam sempoi dan santai mereka tanpa memikirkan dalam kehidupan yang sebenar.
Hubungan Yang Dimulakan Atas Dasar Memberontak Terhadap Orang Tua
OK ! Ini biasanya terjadi kat remaja yang dikawak ketat gerak gerinya sehingga boleh menimbulkan perasaan memberontak. Apa kaitan dengan cinta nya pulak eh ? OK lah, nak di bagi nampak sikit keterangan dye ni, saya kasi satu contoh. Contohnya, seorang itu saje je memilih pasangan yang sememangnya tidak mempunyai kriteria-kriteria yang diminati oleh kedua ibubapanya kerana mahu tunjukkan perasaan pemberontakkan dan balas dendam tertentu. Sudah pastilah hubungan sedemikian rupa tidak akan mendapat restu dan sekaligus anda telah di lebel kan sebagai anak derhaka. Dan pastinya, hubungan yang sedemikian rupa boleh menyebab kan mangsa keadaan itu kecewa dan patah hati klau dapat mengetahui perkara sebenarnya.
Hubungan Yang Dimulakan Dalam Keadaan Patah Hati
Patah hati atau kecewa dalam perhubungan memang sakit. Ada sesetengah tuh sanggup cari penganti baru semata-mata nak ubatkan perasaan yang pedih, melupakan insan yang telah mengecewakannya atau juga ingin membalas dendam. Dan itu semua boleh berlaku tanpa kita sedari kan ? Jadi, kalau anda orang yang anda tertarik itu adalah orang yang baru patah hati sebaik nya anda memberikan masa untuk bersedia menerima cinta baru. Yela, kalau lah seseorang yag baru patah hati dan terus menjalinkan hubungan cinta yang baru kebanyakkannya akan tidak percayakan cinta dan kemungkinan besar orang itu tidak akan memandang serius terhadap hubungan kamu berdua.
Hubungan Yang Timbul Dari Rasa Kekaguman Melampau
Seseorang yang terlalu kagum dan mengagung-agungkan cinta nya sudah semestinya akan menyimpan harapan yang tinggi terhadap pasangannya. Ada banyak sangat gambaran mengenai kesempurnaan pasangannya, walhal tiada siapa pun manusia yang sempurna dalam dunia ni kan. Pelik-pelik. Da nama pun cinta, buta lah. Tapi nak di tekan kan disini ye, tak salah klau anda nak jadikan pasangan anda tuh sebagai idola anda, tapi berpada-padalah. Yela, tak mustahilkan seseorang yang terlalu perfect bagi anda akan mengecewakan anda bukan ? Dan kalau kita terlalu memandang tinggi pasangan kita, hubungan tuh lama kelamaan jadi tidak sihat. Yela, si dia mungkin akan lupa diri dengan limpahan pujian yang melambung dan mencuba kelebihannya untuk memikat yang lain, atau pun sekiranya dia sebenarnya tidak seperfect mana yang anda sangka kan, perasaan anda akan automatik berubah dan lama kelamaan cinta anda pun tak kemana.
Hubungan Yang Bermula Dengan Cinta Tiga Segi
Kononya, demi cinta sanggup 'bermadu'. Sampai tahap mana boleh bertahan ? Lama kelamaan, anda nak dia jadi milik anda sorang. Ye tak ? Jadi, akan terbit lah adegan rampas merampas. Tak pun, Si dia tu sanggup tinggal kan pasangan nya demi anda. Untuk pengetahuan anda, orang yang berani terlibat dalam kejadian seperti ini biasanya akan mengulangi perbuatan yang sama terhadap pasangan barunya. Jadi, tolonglah jangan nak eksyen sangat bile si dia lebih prefer memilih kamu dari pasangan nya dulu kerana lama kelamaan, si dia akan membuat perkara yang sama terhadap anda. Jadi, tolongla jangan cari pasal amik awek atau pakwe orang. Cari single and still available kan ramai.
Pesanan penulis : Maaf entri panjang bebenor. Dan terima kasih kerana sudi singgah dan baca walaupun entri tak seberapa :)
4 comments:
aku macam pernah baca pasal benda ni.. uhhuhhu...
haha ! da kate kau pernah pegang buku tuh. ngeeekkk ! :)
entri yg menarik..
Terima kasih :)
Post a Comment