Tuesday, December 21, 2010

Nak Berkenalan ? Jom Berkenalan :)

Assalamualaikum kepada semua para blogger. Hai ! Saya telah di tag untuk segmen JOM BERKENALAN oleh Cik Nisa A, alaaa tuan empunya blog Saya Suka Menaip tuu. Mesti ramai kenal kan kan? Thanks Kay sebab tag kita auuuw2 *gedik-gedik* walaupun blog kita tak seberapa nii kan. teeeeettt ~ haha !
Ok-ok, terus kan agenda berikutnya ek. First sekali kena letak entri segman JOM BERKENALAN.
Next, setiap yang di tag harusslaaa meletakkan banner segman ini. 
Dan diikuti dengan menjawab 7 soalan yang diberikan oleh tuan empunya segman ni:


1) Apakah status anda?
Saya sudah berpunya ya hehe. Dan insan yang malang itu ialah Syazwan Husaini Sanusi. Kami sama baya, sama tarikh lahir, sama kolej dan sama kelas :) Kami menjalinkan hubungan dengan rasmi nya *ceewaaahh* pada 10 Oktober 2009. Makna nya da setahun jugak lah dengan sayang aku ni. daaannn....Hmmm aku rasa cukup lah kot faktanya sampai sini herherherr sbb nak ceritanya macam banyak *tetiba mood excited habiss!*


2) Ceritakan tentang diri anda
Dilahirkan pada 27 Julai 1991. Tak lah tua dan tak muda sangat pun kan. Tahun depan da ada angka 2 kat depann errrkkk. Ok, akan jadi tua lagi beberapa hari. Seorang yang pendiam *lahh sangat* dan pemalu yang amat. Tak tipu Ok. Tapi kalau siapa yang da rapat dengan saya tahu lah perangai setan sebenarnya gimana hekhekk ~ Merupakan bekas pelajar dari S.K Kajang, S.K Kampong Rinching, SMK Bandar Rinching dan SM Teknik Kajang. Kalau antara blogger yang ada terlekat sama dengan satu sekolah kenal2 lah joomm. :) Ok cukup sampai sini pasal diri aku. Nak kenal dan tahu lebih lanjut boleh add kat FB ok. Tapi please tinggalkan pape msg menyatakan anda ni sape. *Sbb skrg da takut nak main accept people. bahayaaa ohh*


3) Ceritakan tentang blog anda
Hmm blog saya lebih kepada personal aktiviti la. Kira saya kongsi dengan semua apa yang saya buat, saya pergi mana dengan siapa. Tapi kadang-kadang ada lah jugak beberapa tips yang menarik perhatian sama ada dari buku atau terdetik di buah benak sendiri saya akan post jugak :)


4) Pandangan tentang dunia blog
Macam-macam benda kita boleh baca bile some post. Lagi-lagi klau kita like some page yang macam geng blogger, kita dapat baca setiap entri dari para blogger yang kreatif dengan cerita dorang. Menarik dapat di kongsikan bersama even berjauhan sekali pun. Jauh dimata tapi dekat di hujung jari :P Salah satu punca saya terjebak dengan blog ni sebab seronok nak kongsi pape yang kita buat kat semua.


5) Nasihat anda kepada rakan-rakan yang baru nak buat blog
Nasihat ?? Adehh, lemah sikit bab ni. Yelah, saya pun takde lah pro mana pun dalam bab2 blog ni. Buat pun suka-suka untuk isi masa lapang. Myb satu pesanan lah kot boleh kasi, Jangan sombong dengan para blogger yang lain klau nak blog anda femes dan jangan sombong bile blog anda da femes hohoo :D


6) Nyatakan keunikan yang terdapat dalam blog anda
Ada yang unik kee? Hmm saya pnye blog sama macam yang lain, takde sebarang keunikkan yang dapat diceritakan punn *tunduk rendah diri* Unik tak unik depend pada para pembaca lah kan. Saya no komen herherherrrr ~


7) Sampai bilakah anda akan menulis blog dan impian anda dalam dunia blog
Klau nak dikira-kira dan di pikirkan balik, mungkin lah sampai ke anak cucu aku nak update blog *macam tipu jek* Tapi semuanya bergantung pada keadaan lah kan. Impian, aku nak jadi macam blogger lain. Nak ada ramai follower dan pembaca setia *dalam mimpi boleh lah kot cik kak oii* 


OK, semua soalan tadi da dijawab dengan tungkus lumus nya. Sekarang masanya untuk tag mangsa yang seterusnya pulak iaituuu ~


Nazierah Roslan
Siti Fatimah
Ayna Tan
Annie Natasya


Ok da habis :) Sekian terima kasih. Selamat mencuci mata

P/S: Hope adalah yang sudi nak kenal dengan aku *senyum gembira*

6 comments:

Cikgu Akim said...

salam perkenalan!semoga bahagia dsamping yg tersayang..kebetulan nya samam tarikh lahir..hebat2

Anna Ahmad said...

Haah, kami kebetulan sama tarikh lahir. hehee :P niway thx. semoga anda pun sama ye.

nazierah roslan said...

thanks dear.nnt kte jwb tag tu eh.;)

Anna Ahmad said...

Ok darl. nanti saya bace :)

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said...

ok pun kena tag jg...tapi tak hengat sapa la yg tag akak ni..adus...skg kena cari pelan2 la...kesian sapa yg tag akak tu...hrp sapa yg tag akak tu bersabar la ye...

Anna Ahmad said...

Oh yeke. baik akak cari selidik betul2. nanti kecik hati orang tuh. huhuu